SWaM 2021 : Sustainable Solutions for Stormwater Organisation

SWaM 2021 National Conference on Stormwater Management – “Sustainable Solutions for Stormwater Management”

Y. Bhg Dato’/Datin/ Tuan/Puan,

SWaM 2021 “NATIONAL CONFERENCE ON STORMWATER MANAGEMENT – SUSTAINABLE SOLUTIONS FOR STORMWATER MANAGEMENT” PADA 4-6 OKTOBER 2021 SECARA ATAS TALIAN

Per: Jemputan Penyertaan Persidangan

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Saliran Mesra Alam Malaysia / Malaysian Stormwater Organisation (MSO) dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia akan menganjurkan “National Conference on Stormwater Management – Sustainable Solutions for Stormwater Management” pada 4-6 Oktober 2021 secara atas talian bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.

3.         Persidangan yang dianjurkan dua (2) tahun sekali ini merupakan satu landasan perkongsian ilmu dalam bidang pengurusan air larian hujan serta kawalan hakisan dan kelodak hasil daripada pembangunan khususnya yang melibatkan pembukaan tanah. Selain itu, ianya juga membincangkan dasar-dasar, garis panduan serta teknologi terkini di dalam usaha mencegah kejadian banjir kilat dan kemusnahan alam sekitar.

4.         Sehubungan dengan itu, Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk sama-sama menyertai sebagai peserta dan sekaligus menjayakan persidangan ini. Bersama-sama ini disertakan maklumat lanjut mengenai persidangan tersebut. Mohon jasa baik Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk memberi maklumbalas kehadiran kepada urusetia sebelum atau pada 24 September 2021 melalui emel ke [email protected] . Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh menghubungi urusetia pendaftaran Cik Nur Hasanah binti Sudirman ditalian 017-222 9675 ([email protected]) atau Cik Norzahirah binti A Johari ditalian 010-654 9675 ([email protected]) .

5.         Kerjasama dan sokongan Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam menjayakan persidangan ini amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Klik di sini untuk Brosur SWaM 2021

Klik di sini untuk Borang Pendaftaran